Terusan Idris Catering dimiliki dan diusahakan oleh Tuan Haji Idris Abu Bakar bersama isteri Puan Hajjah Kamariah Mohd Lasim. Tuan Haji Idris telah mula bergiat dalam bidang masakan sejak era 1980an dan mula berjinak dalam bidang perniagaan katering sejak tahun 1999.

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun, Terusan Idris Catering kini mampu menyediakan khidmat untuk pelbagai majlis, dari majlis rasmi ke majlis santai. Terusan Idris Catering sedia memenuhi kehendak anda

Monday, July 5, 2010

Apa Yang Perlu Anda Tahu?

  • Terusan Idris Catering tidak menerima sebarang tempahan memasak sepanjang bulan Ramadhan. (Tukang masak sibuk nak beribadat.huhu)
  • Terusan Idris Catering hanya menerima tempahan dalam Negeri Sembilan. (belum bersedia untuk keluar)
  • Minimum tempahan untuk kenduri kesyukuran, tahlil, doa selamat dsb adalah 60pax
  • Terusan Idris Catering hanya menggunakan daging segar untuk memastikan hidangan berkualiti (maksudnye kami gune daging gantung yg segar, tak gune daging kotak)
  • Bagi tempahan 1000pax dan ke atas, hadiah misteri menanti anda. (biasanya kami bagi lauk makan malam sebelum hari langsung utk 50pax. tak pun bagi kek pengantin. tengok keadaan)
  • Bagi majlis perkahwinan, pihak kami hanya menerima satu tempahan pada satu tarikh bagi mengekalkan kualiti hidangan dan perkhidmatan

Monday, June 21, 2010

Lagi gambar~

nak update blog tapi takde idea nk tulis pe. letak gambar banyak2 le. hu~





nie gambar lauk plak



ayam masak merah



rendang daging

Wednesday, May 12, 2010

Sunday, May 9, 2010

ACAR BUAH

Terusan Idris Catering sedia menerima tempahan untuk acar buah.
Bekas kecil RM2. Bekas besar RM7.



Friday, May 7, 2010


1 MEI 2010


Terusan Idris Catering mendapat tempahan rumah Haji Hashim dan Hajjah Zaleha, Kg Terusan. Tempahan untuk 1000 orang